Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Thursday, October 21, 2010

Perkahwinan Menurut Islam

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Allah S.W.T telah berfirman yang maksudnya :

 “ Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu (Adam). Dia ( Allah ) menjadikan daripada diri Adam dan isterinya dan mengembang biak daripada kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan….”
Hukum Perkahwinan
Hukum perkahwinan dalam Islam 
Hukum
Alasannya
Wajib
Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan. Sekiranya tidak berkahwin, takut terjerumus kepada maksiat zina.
Sunat
Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin . Sekiranya tidak berkahwin, tidak khuatir terlibat dengan zina. 
Haram
Mereka yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin, atau perkahwinan yang bertujuan untuk memudaratkan isterinya. 
Makruh
Mereka yang tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya tetapi berkeinginan untuk berkahwin.
Harus
Mereka yang tidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya berkahwin, dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin.

Kaifat Perkahwinan

Islam telah menggariskan satu perkahwinan yang khusus untuk panduan orang-orang Islam dalam mendirikan rumahtangga bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Dalam memilih isteri, Islam memberi kebebasan kepada kaum lelaki untuk memilih bakal isteri yang sesuai dengannya. Islam menganjurkan supaya memilih seorang perempuan yang salih dari keturunan yang ramai anak, berakhlak mulia, dan cantik. 
Sabda Rasullah SAW yang maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi S.A.W telah bersabda: “ Dinikahi wanita itu kerana empat sifat, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Pilihlah yang beragama , bahagialah engkau.”
Seseorang perempuan boleh membuat pilihan sama ada menerima atau menolak suatu perkahwinan sekiranya mempunyai sebab-sebab yang munasabah. Perempuan-perempuan yang haram dikahwini ialah:
1.      Sebab keturunan
  • Ibu,nenek,ibu sebelah bapa, dan seterusnya(ke atas)
  • Anak, (cucu) cicit, dan seterusnya ( ke bawah)
  • Saudara perempuan seibu sebapa
  • Saudara perempuan seibu
  • Saudara perempuan dari sebelah bapa ( anak saudara)
  • Saudara perempuan dari sebelah ibu ( emak saudara)
  •  Anak perempuan daripada saudara perempuan, dan seterusnya (anak saudara cucu) 
  • Anak perempuan daripada saudara lelaki dan seterusnya (anak saudara, cucu)
2.      Sebab susuan
  • Ibu susuan
  • Saudara perempuan susuan
  • Adik beradik ibu susuan
  • Anak saudara perempuan susuan
  • Ibu mentua ibu susuan
3.      Sebab perkahwinan
  • Ibu mentua
  • Ibu tiri
  • Anak tiri apabila sudah bercampur dengan ibunya
  • Saudara perempuan isteri
  • Menantu 
  • Isteri bapa
Haram hukumnya menikahi dua adik-beradik perempuan atau seorang perempuan dimadukan dengan saudara perempuan bapanya, atau anak perempuan saudaranya.

No comments:

Post a Comment