Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Thursday, October 21, 2010

Perkahwinan Menurut Islam

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Allah S.W.T telah berfirman yang maksudnya :

 “ Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu (Adam). Dia ( Allah ) menjadikan daripada diri Adam dan isterinya dan mengembang biak daripada kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan….”
Hukum Perkahwinan
Hukum perkahwinan dalam Islam 
Hukum
Alasannya
Wajib
Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan. Sekiranya tidak berkahwin, takut terjerumus kepada maksiat zina.
Sunat
Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin . Sekiranya tidak berkahwin, tidak khuatir terlibat dengan zina. 
Haram
Mereka yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin, atau perkahwinan yang bertujuan untuk memudaratkan isterinya. 
Makruh
Mereka yang tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya tetapi berkeinginan untuk berkahwin.
Harus
Mereka yang tidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya berkahwin, dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin.

Kaifat Perkahwinan

Islam telah menggariskan satu perkahwinan yang khusus untuk panduan orang-orang Islam dalam mendirikan rumahtangga bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Dalam memilih isteri, Islam memberi kebebasan kepada kaum lelaki untuk memilih bakal isteri yang sesuai dengannya. Islam menganjurkan supaya memilih seorang perempuan yang salih dari keturunan yang ramai anak, berakhlak mulia, dan cantik. 
Sabda Rasullah SAW yang maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi S.A.W telah bersabda: “ Dinikahi wanita itu kerana empat sifat, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Pilihlah yang beragama , bahagialah engkau.”
Seseorang perempuan boleh membuat pilihan sama ada menerima atau menolak suatu perkahwinan sekiranya mempunyai sebab-sebab yang munasabah. Perempuan-perempuan yang haram dikahwini ialah:
1.      Sebab keturunan
  • Ibu,nenek,ibu sebelah bapa, dan seterusnya(ke atas)
  • Anak, (cucu) cicit, dan seterusnya ( ke bawah)
  • Saudara perempuan seibu sebapa
  • Saudara perempuan seibu
  • Saudara perempuan dari sebelah bapa ( anak saudara)
  • Saudara perempuan dari sebelah ibu ( emak saudara)
  •  Anak perempuan daripada saudara perempuan, dan seterusnya (anak saudara cucu) 
  • Anak perempuan daripada saudara lelaki dan seterusnya (anak saudara, cucu)
2.      Sebab susuan
  • Ibu susuan
  • Saudara perempuan susuan
  • Adik beradik ibu susuan
  • Anak saudara perempuan susuan
  • Ibu mentua ibu susuan
3.      Sebab perkahwinan
  • Ibu mentua
  • Ibu tiri
  • Anak tiri apabila sudah bercampur dengan ibunya
  • Saudara perempuan isteri
  • Menantu 
  • Isteri bapa
Haram hukumnya menikahi dua adik-beradik perempuan atau seorang perempuan dimadukan dengan saudara perempuan bapanya, atau anak perempuan saudaranya.

Walimatul urus



Nie plak serbe sket ttg walimatul urus @ kenduri kahwin yg ptt kite ketahui....=)

Walimatulurus ialah kenduri yang diadakan sempena majlis perkahwinan. Hukum mengadakan walimatulurus adalah sunat  Muakad kerana perbuatan tersebut adalah baik dan mulia. Tujuan Islam menggalakkan walimatulurus diadakan ialah:
  • Melahirkan tanda kesyukuran dan kegembiraan
  • Supaya pernikahan tersebut diketahui ramai
Untuk mengeratkan tali persaudaraan di antara kedua-belah pihak
Islam menggalakkan walimatulurus, tetapi melarang jamuan tersebut diadakan secara besar-besaran yang bertentangan dengan Islam.
Sabda Rasulullah S.A.W
Maksudnya: 
Daripada Abu Hurairah r.a telah berkata, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Sesiapa yang meninggalkan jemputan (walimatulurus) maka sesungguhnya dia telah ingkar perintah Allah dan Rasul-Nya."
Menghadiri walimatulurus apabila dijemput adalah wajib sekiranya tidak ada keuzuran. Antara perkara-perkara yang dilarang ketika mengadakan walimatulurus ialah:
  • Melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam
  • Mengadakan walimatulurus untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk
  • Tidak memeningkan perkara haram dalam tersebut
  • Melakukan kenduri walimatulurus yang mempunyai unsur-unsur pembaziran dan sebagainya

Syarat2 bakal pengantin=)

Orite,hari nie aku nk kongsi plak syarat2 bakal pengantin yg perlu diketahui oleh semua..so,njoy=)

Syarat-syarat bakal isteri:
  • Islam
  • Perempuan , bukan khunsa atau pondan
  • Bukan isteri orang
  • Tidak dalam idah
  • Bukan muhrim
Syarat-syarat bakal suami:
  • Islam
  • Lelaki
  • Tidak beristeri empat
  • Bukan muhrim
Islam mengharuskan seorang lelaki melihat bakal isterinya supaya tidak menimbulkan perkara-perkara yang tidak puas hati di kemudian hari. Seseorang lelaki diharuskan melihat muka dan kedua-dua tapak tangan bakal isterinya.....

Wednesday, October 20, 2010

berbahagia lah kau *&%$#!!!

Nie beg kesayangan aku yg Cik Wade belikan..tapi da kene cilok ngan si &^%$*!!  

nie nk story sket pasal beg kesayangan aku...satu hari tue,aku ngan Cik Wade g la bershuping kat mlake.da penat bershuping,aku terase nk g pantai plak..Cik Wade pon dgn senang hati bwk aku g pantai puteri..sampai maghrib kitorg lepak tepi pantai tuu...nk dijadikan cerita,kitorg singgah sembahyang maghrib kat area situ...tgh aku sujud,beg aku nie kene cilok ngan sorang budak nih!!aku terperanjat arr,yg klaka nye aku ngan sorg mak cik nie g keja die dgn bertelekong n berkaki ayam...huhuhu...aku da nanges2 da,Cik Wade da membebel kat aku coz die da pesan sebelom tue xyah bwk beg tue..tp aku nk gak..seb bek hp ngan duit dlm poket sua..kitorg g wat report kat balai polis tanjong keling...aku nanges jew sepanjg perjalanan..mane x,beg tue br jew beli,ditambahkan lagi cik wade plak yg membelinye...plg penting,beg duit,ic n lesen dlm tue!!pastu beg makeup,payong love...arghhhhhh,special edition tue,payah nk carikkkk!!!!!
besok nye cik wade bwk aku g pej pendaftaran n jpj mlake..pastu die beli kan aku beg baru.....die memang sentiase ade untuk aku...dulu,duit aku ilang RM50 kat bazar ramadhan,die gak yg ganti...syg sgt2 kat abang:D
tok mamat yg mencilok beg aku tuh,kat masjid pon ko ley wat keje kan...berbahagie ler ko bile wat aku mcm nie!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..........................

Thursday, October 7, 2010

buat aku tersenyum....

Hari nie Cik W blk dari kursus...sian die kepenatan setelah 5hari berkursus..Mlm nie aku masak kan kari ayam+sambal sotong ngan telur dadar tok die..selera gile die makan,bertambah2..kire aku da lulus ar ujian memasak tok arini...hehehehehe...:D

Tuesday, October 5, 2010

Bosan!!!!

ape mau bikin cuti2 nih...adoi,semk tol pale otak mcm nih!!!rutin harian yg same jew...balik2 menghadap laptop,update blog,fb..tu jew!!!bosannnnnnn............

Monday, October 4, 2010

I'm yours!!!!!!!!!!

25 Sept 2010
Hari nie aku ngan Wade akan ditunangkan...gembirenye hati nie xdpt nk gambarkan..Alhamdulillah,wlupn cinta kami baru menjangkau 7bln,aku bersyukur cinta ini direstui oleh kedua pihak..aku xsangke secepat ini kami akan disatukan..Ibu syg sgt kat Wade..da mcm anak sendiri..ibu ckp dari hari pertama aku bwk dia jumpe family aku,ibu tau die ikhlas n mampu tok menjage aku nnt..tu sebab ibu xbyk soal dan restu hubungan ini..ayah plak,sentiase merestui pilihan anak2nye..umi n abah pon mcm tue jugak,baik sgt melayan aku..aku skang da dpt rase kasih sayang dari 5org yg penting dlm hidop aku- ayah,ibu,umi,abah n Wade!!time kasih ayah,abah,ibu n umi sebab merestui cinta kami..sesungguhnya padaMU tuhan,aku bersyukur kerana kau mengurniakan aku seorg insan yg mampu membuatkan aku ke jalanMU..kau berkatilah hubungan ini,semoga kasih sayang n cinta ini berkekalan hingga ke hujung nyawa kami..sujud syukur padaMU atas segala cinta....AMIN.






UMI, ABAH, NOORA, WADE, AYAH n IBU


CIK WADE n CIK NOORA