Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Thursday, October 21, 2010

Walimatul urus



Nie plak serbe sket ttg walimatul urus @ kenduri kahwin yg ptt kite ketahui....=)

Walimatulurus ialah kenduri yang diadakan sempena majlis perkahwinan. Hukum mengadakan walimatulurus adalah sunat  Muakad kerana perbuatan tersebut adalah baik dan mulia. Tujuan Islam menggalakkan walimatulurus diadakan ialah:
  • Melahirkan tanda kesyukuran dan kegembiraan
  • Supaya pernikahan tersebut diketahui ramai
Untuk mengeratkan tali persaudaraan di antara kedua-belah pihak
Islam menggalakkan walimatulurus, tetapi melarang jamuan tersebut diadakan secara besar-besaran yang bertentangan dengan Islam.
Sabda Rasulullah S.A.W
Maksudnya: 
Daripada Abu Hurairah r.a telah berkata, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Sesiapa yang meninggalkan jemputan (walimatulurus) maka sesungguhnya dia telah ingkar perintah Allah dan Rasul-Nya."
Menghadiri walimatulurus apabila dijemput adalah wajib sekiranya tidak ada keuzuran. Antara perkara-perkara yang dilarang ketika mengadakan walimatulurus ialah:
  • Melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam
  • Mengadakan walimatulurus untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk
  • Tidak memeningkan perkara haram dalam tersebut
  • Melakukan kenduri walimatulurus yang mempunyai unsur-unsur pembaziran dan sebagainya

1 comment: